Tentang Saya


KASHATWORK pada asalnya tercetus bagi menempatkan himpunan kerja-kerja rekaan yang telah saya hasilkan sepanjang beberapa tahun bergelar pereka grafik. 

Bermula dari tahun 2004 hingga kini, saya cuba mengumpulkan kembali dan meletakkan di dalam satu blog/portal bagi memudahkan rujukan disamping untuk saya kongsi bersama rakan-rakan dan para pelanggan yang dihormati. 

KASHATWORK adalah nadi saya, nyawa saya. Biarpun agak terbatas pada awalnya (saya kerapkali terikat dengan jadual kerja) dan kebanyakkan hasil-hasil rekaan tidak dapat saya muatnaik di sini (kebanyakkannya merupakan hakmilik syarikat/tempat saya berkerja), saya akur, namun saya akan cuba dari masa ke semasa memuatnaik beberapa rekaan/hasil kerja terbaru yang merupakan kerja-kerja pelanggan (setelah dipersetujui) untuk diletakkan di sini sebagai bahan koleksi. 

Saya alu-alukan sebarang komen, pendapat, maklum-balas daripada anda, rakan-rakan, para pelanggan yang dihormati bagi saya meningkatkan lagi mutu kerja/rekaan disamping menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang.

Untuk menghubungi saya dan menempah hasil kerja, bolehlah klik di sini. Terima kasih.

Salam hormat,
Wan Kash
Founder/Freelance Graphic Designer 
Kashatwork Creative Design